close

Semoga Allah Berikan Jodoh Kedua Ku Dengan Lelaki Sebaik Ini – Fasha Sandha



Loading...

 

Setahun lebih hidup sebagai seorang ibu tunggal mungkin merupakan masa yang sesuai untuk aktres Fasha Sandha kembali berumah tangga.

Fasha menerusi entri terbaharu di akaun Instagram (IG)nya berharap agar diberikan jodoh kedua dengan lelaki yang sama baik seperti di dalam video yang dimuat naik.

Video yang dikongsikan menunjukkan seorang pengantin lelaki menangis apabila pertama kali menyentuh jari isterinya ketika sesi menyarungkan cincin.

Pengantin lelaki yang berjubah hijau serta berkopiah itu turut kelihatan malu ketika mahu menyarungkan cincin ke jari wanita yang baru sahaja disahkan menjadi isterinya.

Loading...

Berikut merupakan video dan kapsyen yang ditulis Fasha:

Rata-rata pengikut IGnya mendoakan agar Fasha bertemu dengan jodoh idamannya dan segera berumah tangga.

Sementara itu, entri itu turut mendapat perhatian jutawan kosmetik, Datuk Vida yang mendoakan kebahagiaan buat pelakon itu.

“Boleh sayang, yang terbaik untuk mu dear..me too..muahh,” tulisnya.

Fasha dan Rizal Ashram Ramli atau Jejai disahkan bercerai pada 20 Januari tahun lalu.

Hasil perkahwinan mereka telah dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Putra Rayfal, 3, dan Putri Raysha, 2 tahun.

Foto: Instagram Fasha Sandha

Loading...



Sumber : BeritaSemasa

Popular Post

Cloud Categories

Berita (194)