Aktor Fattah Amin dan aktres Nur Fazura kelamrin telah diraikan di dalam satu majlis ‘Birthday Bash Fattzura’ anjuran pengurusan Fattah.
IBU TIADA MASALAH DENGAN FAZURA – FATTAH BERSERAH PADA JODOH
Dalam majlis tersebut, apa menarik perhatian netizen adalah kemesraan Fazura bersama keluarga Fattah yang turut hadir pada majlis berkenaan. Malah, Fazura dan ibu Fattah nampak sangat rapat dan foto mereka berpelukkan menjadi bualan ramai.
Menurut Fattah, Fazura sudah beberapa kali bertemu dengan keluarganya dan ibu beliau juga dapat menerima Fazura dengan baik.
“Sebenarnya sudah beberapa kali Fazura berjumpa dengan keluarga saya dan terbaharu malam ini (kelmarin). Setakat ini keluarga saya terutama ibu tiada masalah dan menerima Fazura dengan baik.
Klik untuk gambar besar
“Malah saya juga ada berjumpa keluarga Fazura dalam satu pertemuan dengan kelab peminat sebelum ini. Keluarga kami masing-masing menerima dengan baik.
“Hubungan kami baik itu sahaja boleh saya beritahu. Saya tahu ramai peminat mahu kami bersama, namun saya hanya menerima sahaja doa yang baik daripada mereka.
“Selebihnya saya berserah kepada jodoh,” jelas Fattah yang idak pernah mengaku tetapi tidak pula menafikannya mengenai hubungan tersebut.
Majlis yang berlangsung cukup meriah di Putrajaya International Convention Centre (PICC), memperlihatkan ‘love birds’ itu manis mengenakan gaun merah jambu dan Fattah pula berkemeja putih.
Memang banyak aksi-aksi manis hingga ke tahap potong kaki, kelab peminat Fattzura juga turut hadir menyokong selebriti kesayangan mereka.
Tidak dinafikan memang ramai yang mengharapkan mereka berdua ada jodoh bersama. Apapun, kita doakan yang terbaik buat Fattah dan Fazura.
Dalam pada itu, kami juga harap-harap perkara ini tidaklah mengundang pergaduhan diantara peminat ‘Fattzura’ dan ‘Lofattah’ pula kerana kalau masih ingat dulu pun Neelofa juga pernah bertemu dengan keluarga Fattah.
www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak
Sumber : BeritaSemasa