close

ISU DAPAT ‘DATUK’: “BAJU BELI TAPI KURNIA TAK” – ADFLIN SHAUKI



Loading...

Kita semua mengetahui bahawa pelakon dan pengarah Datuk Afdlin Shauki mendapat Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk yang diterimanya daripada Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah pada Selasa lalu.

 

ISU DAPAT ‘DATUK’: “BAJU BELI TAPI KURNIA TAK” – ADFLIN SHAUKI

Dek penganugerahan darjah kebesaran itu, Adflin telah menerima pelbagai komen negatif termasuk dirinya didakwa membeli gelaran tersebut.

Adflin bagaimana menerusi laman Instgaramnya telah meluahkan kenyataan berhubung perkara tersebut.

Loading...

Dalam kenyataan itu, Adflin berkata yang beliau tidak mahu mengambil peduli terhadap kata-kata negatif.

Dalam masa sama, beliau memberitahu yang kurniaan ‘Datuk’ itu bukannya dibeli atau dicari sebaliknya ia melihat pengiktirafan itu sebagai satu sejarah dalam industri hiburan tempatan.

Klik untuk gambar besar

Selain itu, kata Afdlin, beliau tidak menyangka dirinya dan tiga sahabat seangkatannya iaitu Datuk Azhar Othman atau Awie, Datuk Hans Isacc dan Datuk AC Mizal dikurniakan dengan anugerah itu ketika mereka semua masih hidup.

“Assalammualaikum. Lewat malam ini aku berfikir, masih rasa macam dalam alam mimpi. Tak pernah berlaku dalam sejarah industri hiburan ini apa yang berlaku pada kami.

“Tak sangka yang empat orang sahabat, satu angkatan dapat mencapai kurnia ini sewaktu kami semua masih hidup”

“I am so proud of my brothers. Peduli apa orang nak kata. Baju itu memang kami beli tapi kurnia kami tidak. Kurnia ini bukan kami cari,” luah Afdlin.

Tambah Afdlin, beliau sebagai insan seni sudah melakukan yang terbaik bukan saja untuk industri malah untuk keluarga dan juga masyarakat.

“Hanya Allah saja tahu apa yang kita sudah buat dengan bakat, tenaga dan harta kami selama ini. Kini kami masih berusaha, belajar dan memberi manfaat,” katanya.

Apapun, kami harap Adflin terus tabah menghadapi dugaan dan kecaman daripada pihak yang tidak boleh lihat orang lain berjaya.

www.myartis.com / Sumber: mStar & Adflin Shauki IG

Loading...



Sumber : BeritaSemasa

Arsip Blog

Popular Post

Cloud Categories

Berita (194)