close

KiISAH BENARKU.. Dulu2 Aku Ingat Wanita MEROYAN Lepas Bersalin Tu GILA. Rupa-Rupanya…



Loading...

Post partum depression atau meroyan memang real tau.. time saya pregnant dapat tau ade jiran yang baru lepas bersalin kerap menangis tiba-tiba tanpa sebab.. time tu saya rasa macam tak logik.sebab apa? Sebab tengok husband and family dia semua ok je baik and dia pon bersalin anak ke 5 dah.

1

Logik tak logik sehingga la saya pulak mengalaminya sendiri.walau pon mengalaminya sendiri masih terasa ketidak logikan itu.
Apa yang berlaku pada saya selepas saya bersalin?

1. Saya kerap menangis.kadang-kadang tiba2 rasa sedih la sayu la and terus menangis tanpa sebab.
2. Ini anak pertama saya sepatutnye mestilah lah sayang suka bagai menatang minyak yang penuh kan.tapi sebaliknya, tiada rasa sayang malahan rasa marah pulak pada baby.
3. Kalau baby nangis and meragam memang rasa nak marah and tak boleh nak bersabar.
4.Tetiba rasa macam tak layak nak jadi ibu.rasa macam saya ni ibu yang teruk and jahat. rasa saya bukan yang terbaik untuk baby.

5. Yang ni memang rasa macam tak logik. tapi memang betol terjadi. boleh plak pikir kenapa saya ni wujud dalam dunia.dah boleh jadi ibu plak.and persoalan kenapa kenapa dan kenapa terus menerus di persoalkan dalam benak fikiran saya.
6. Rasa di abaikan terutama rasa di abaikan suami walaupon hakikatnya tak pon.

Loading...

Bila dah habis berpantang dan di pikir-pikirkan balik memang semua yang terjadi tu tak logik tapi itu lah hakikatnya.
Tak mustahil lah ade terjadi ibu-ibu dalam pantang baling bayi dr tingkat atas ke bawah.marah pada baby and dera baby.nauzzubillahiminzaalik,minta di jauhkan dari perkara-perkara macam tu..

Jadi konklusinya untuk mengelakkan perkara berikut terjadi ibu2 seharusnya sentiasa ingat pada Allah berzikir. Jangan duduk sorang-sorang di khuatiri syaitan akan menghasut. Suami pulak kene pastikan keperluan isteri dalam pantang mencukupi dan terjaga. Kalau boleh upah orang untuk menemani dan membantu isteri dan menyediakan keperluan isteri seperti memasak dan menguruskan bayi supaya isteri mendapat rehat yang cukup dan cepat pulih.

Selain dari tu tetamu-tetamu yang eager sangat nk melawat orang lepas bersalin tu di nasihatkan tunggu la selepas 2 3 minggu atau selepas pantang. kenapa? Sebabnya ibu lepas bersalin sangat memerlukan waktu untuk berehat. Kalau dah nk melawat jugak pilih la waktu yang sesuai dan jangan la sampai berejam melawat.

Kalau yang bawak anak pula kawal la anak-anak. budak-budak memang geram tengok baby nk picit la nk pegang la.. sebagai parents tolong la kawal anak-anak. terutama yang anak-anak jenis buas.. bayi tu kecik lagi and mudah terdedah pada kuman dan bakteria. kadang-kadang perangai tetamu macam ni pon bokeh buat ibu bersalin meroyan.

Nak pulak kalau yang datang melawat tu sibuk cerita pengalaman dia or orang lain yang bersalin plak.kalau cerita yang boleh bawa pedoman tak pe ni cerita yang menakutkan.tak kurang jugak yang sibuk tanya bersalin normal ke bedah ke.dan rentetan daripada tu ada pulak komen-komen yang kondem keadaan orang tu dan mempersoalakn keputusan doktor gayanya macam dia lah doktor pakar sakit puan.uish memang boleh membawa depression dan makin mengurangkan keyakinan ibu bersalin tu.

Kalau nak cerita bab melawat ibu bersalin ni boleh buat satu lagi confession baru kot. sebab ramai tetamu yanh tak fikir soal kesihatan ibu dan bayi bila datang melawat. di biar anak2 tu melompat-lompat memanjat di tepi bayi. Membuat bising dan mengacau bayi yang sedang tido. berborak-borak macam tak nak balik. macam-macam lagi lah.
Maafpenulisan gak tidak terancang dan kelang kabut. tapi ini lah luahan hati seorang ibu yang baru lepas bersalin. harap-harap sapa yang membaca nya lepas ni nak melawat orang yang bersalin pikir2 lah banyak kali dan kawal lah tingkah laku. memang kalau irang yang mental state stabil akan kata tak logik sebab saya yang alaminya sendiri pon merasakan tak logik tapi itu lah yanh saya alami.
Kalau sapa ade tips untuk mengelakkan dari perkara beginj terjadi silakan komen. Terima kasih Ibu muda. via IIUM.

Loading...



Sumber : BeritaSemasa

Arsip Blog

Popular Post

Cloud Categories

Berita (194)