.
Malam Pertama Wanita Ini HANCUR Selepas Tahu Suaminya Itu Adalah… |MALAYSIA TULAR – Bila sudah lama menyulam cinta, pasti setiap pasangan sudah ‘masak’ dengan perangai luar dan dalam masing-masing kan? Namun tidak bagi seorang wanita di Makassar, Indonesia ini apabila malam pertamanya bertukar menjadi tragis selepas mendapat tahu bahawa suaminya itu sebenarnya seorang wanita. Erk…
Menurut Harian Metro, wanita yang dikenali sebagai Syarifah Nurul Husna, 20, telah pun berkahwin dengan seorang lelaki yang dikenali sebagai Rahmat Yani pada 17 September lalu.
Bagaimanapun, pada malam pertama Syarifah terkejut apabila mendapati ‘suaminya’ itu memiliki alat kelamin wanita. Macam mana boleh terlepas sampai sah bernikah ni
Selepas mendapat tahu akan jantina sebenar ‘suaminya’ itu, Syarifah terus melaporkan hal berkenaan kepada keluarganya sebelum membawa Rahmat ke balai polis.
Ekoran laporan yang dibuat, Rahmat akhirnya mengaku bahawa dia adalah seorang wanita dan nama sebenarnya adalah Rahmayani. Dia juga turut mengaku bahawa dia telah menggunakan kad pengenalan palsu dengan nama Rahmat Yani semata-mata untuk mengahwini Syarifah.
Pasangan itu dilaporkan telah bercinta selama enam bulan sebelum mereka memutuskan untuk berkahwin.
Menurut Maemuna, ahli keluarga Syarifah, Rahmat tidak menunjukkan sebarang ciri-ciri seorang wanita dek kerana kelantangan suaranya.
Kami tidak tahu dia seorang perempuan dan sebab itulah kami terus menerima lamarannya. Rahmat juga pernah menunjukkan kad pengenalannya yang jelas tertera jantinanya adalah seorang lelaki.”
Kredit : Harian Metro
Sumber : BeritaSemasa