close

ENAM BULAN DERITA KEMALANGAN .. ZAKWAN PERGI JUA IKUT JEJAK RAKAN (6GAMBAR)



Loading...

Permaisuri : Zakwan dah puas menderita kesan kemalangan yang menimpa dirinya dan 10 lagi rakan march lalu.

Selepas enam bulan bertarung nyawa, murid Tahun Enam Sekolah Kebangsaan (SK) Batu 29, itu, menghembuskan nafas terakhir di rumahnya di Kampung Sungai Bari di sini, petang tadi.

Che Ahmad Zakwan Abd Rashid, 12, meninggal dunia jam 2 petang kesan daripada kecederaan parah dialaminya akibat kemalangan jalan raya pada Mac lalu yang korbankan kawan nya Aqil Iskandar Azrol Affendi, 12.

Dia cedera parah di kepala selepas Toyota Innova yang dinaiki bersama 10 individu termasuk pemandu, terbalik di Kilometer 47 Jalan Kuala Terengganu – Kota Bharu berhampiran Kampung Sungai Bari, pada 18 Mac lalu.

Mereka dalam perjalanan pulang selepas menghadiri kenduri di rumah penyelia asrama. Dalam kemalangan itu, rakan Allahyarham, Aqil Iskandar Azrol Affendi, 12, meninggal dunia di lokasi.

Bapa Allahyarham, Abd Rashid Mohd Yusof, 47, ketika dihubungi, berkata selepas kemalangan itu anak bongsu dari empat beradik itu koma selama tiga hari sebelum ditempatkan di wad biasa hampir sebulan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu.

Ahmad Zakwan kemudian dibenarkan pulang ke rumah, namun perlu menjalani rawatan susulan kerana tempurung kepalanya terpaksa dibuang selain bergantung hidup kepada mesin pernafasan.

Dia juga ketinggalan menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) minggu lalu kerana keadaannya yang tidak mengizinkan.

“Jika diikutkan sepanjang bulan ini, arwah perlu menjalani sesi rawatan susulan di hospital termasuk pembedahan memasukkan semula tempurung kepala kiri yang dikeluarkan sementara untuk mengeluarkan darah beku.

“Bagaimanapun, petang tadi, arwah menghembuskan nafas terakhir,” katanya. Al fatihah

sumber: beritasayu.my

Loading...



Sumber : BeritaSemasa

Arsip Blog

Popular Post

Cloud Categories

Berita (194)