close

STATUS NIKAH JOY, MAHKAMAH PUTUSKAN “BEKAS” SUAMI SAH IKUT SYARAK



Loading...

TEKA teki akhirnya terjawab…. Mahkamah Tinggi Syariah di Shah Alam, Selangor mengesahkan status pernikahan usahawan kosmetik, Joy Revfa dengan bekas suami di Songkhla, Thailand.
Meskipun ia berlangsung empat tahun lalu, namun Hakim Syarie, Salehan Yatim dalam keputusannya semalam memperakui pernikahan tersebut adalah sah mengikut syarak

Beliau berbuat demikian selepas berpuas hati dengan segala dokumen dan keterangan secara lisan mahupun hujahan bertulis yang telah dikemukakan oleh kedua-dua belah pihak kepada mahkamah.

“Mahkamah mensabitkan bahawa pernikahan kamu berdua pada 10 Januari 2013 di Majlis Agama Islam Wilayah Songkla, Thailand adalah sah mengikut hukum syarak,”katanya ketika membacakan penghakiman.
Ketika perbicaraan, Siti Arifah Amin atau lebih dikenali sebagai Joy Revfa diwakili oleh peguam syarie, Aznor Suhaida Dollah.

Manakala Mohd Rayus atau nama sebenarnya, Datuk Mohd Rayus Abdul Rahim pula dilaporkan hadir tanpa peguam.

Loading...

Sebelum ini, dalam prosiding kelmarin, saksi yang juga adik kepada Joy Revfa, Mohd Zarif, memaklumkan pada pihak mahkamah bahawa beliau mengetahui akan perkara berkenaan.

Bagaimanapun, dia dilaporkan gagal menghadirkan diri berikutan mempunyai urusan kerja.

Sementara itu, menurut Aznor Suhaida pula, selepas ini pihaknya akan memfailkan pula permohonan perceraian pasangan tersebut dalam masa yang terdekat.

“Hari ini mahkamah mengesahkan pernikahan anak guam saya dengan bekas suaminya adalah sah dan langkah seterusnya adalah untuk memfailkan pengesahan penceraian mereka dalam masa terdekat,”ujarnya dipetik BH Online.

Difahamkan, Joy Revfa memfailkan permohonan pernikahan antara beliau dengan bekas suami sekitar 23 Ogos yang lalu. –mynewshub

Loading...



Sumber : BeritaSemasa

Arsip Blog

Popular Post

Cloud Categories

Berita (194)