Siapa yang tak kenal dengan pemain bernama Cristiano Ronaldo ni. Nama beliau mula disebut-sebut kerana kemewahan yang dimiliki olehnya. Memang tidak mustahil bagi Ronaldo membeli kereta untuk dijadikan koleksi beliau sepertimana kita membuat koleksi buku bacaan atau majalah atau sebagainya.
Ronaldo bukan sahaja memiliki kereta berjenama seperti Ferrari dan juga Bentley malah ada banyak jenama lain yang beliau miliki.
Ronaldo, 32, baru-baru ini di Instagram berkongsi video memandu Bugatti Chiron yang baru dibeli, yang mana dia pandu keluar dari garajnya bersama anaknya, Cristiano Jr.
Kereta yang bernilai kira-kira £1.85 juta atau sekitar RM10 juta ini mempunyai logo CR7 di kerusi. Kapsyen di Instagram, Ronaldo berkata:
“Binatang baru di bangunan Bugatti Chiron.”
Sebelum ini, Hangat.com ada mengeluarkan artikel di mana penyerang Real Madrid ini telah menambah sebuah lagi kereta baru untuk koleksinya iaitu Ferrari F12 TDF.
Sumber : hangat.com
Sumber : KepohKuat