close

Remaja 14 Tahun Terjun Bangunan Selepas Dirogol Datuk Tiri Durjana, Kejam



Loading...

 

‘Harapkan pagar, pagar makan padi’  itulah perumpamaan yang boleh dikaitkan dengan beberapa isu sumbang mahram yang berlaku di negara kita pada hari ini. Malah baru-baru ini negara sudah digemparkan dengan kejadian seorang bapa merogol anaknya sendiri sehingga 600 kali. Bayangkan si bapa sanggup merogol remaja tersebut sebanyak 3 kali sehari. Sampainya hati!

Terbaru, satu lagi kejadian rogol berlaku di Sri Aman Sarawak, menurut laporan Berita Harian Online seorang remaja berusia 14 tahun membuat cubaan membunuh diri selepas dirogol datuk tirinya. Remaja tersebut bertindak terjun dari tingkat dua sekolah selepas tidak tahan menjadi mangsa rogol. Walaubagaimanapun, suspek telah membunuh diri sebelum ditangkap polis.

Nak bunuh diri

SRI AMAN:  Cubaan seorang pelajar perempuan berusia 14 tahun untuk membunuh diri dengan terjun dari tingkat dua asrama sekolahnya di sini, kira-kira jam 2.50 pagi, 21 September lalu membongkar rahsia dirinya yang dipercayai menjadi mangsa rogol datuk tirinya.

Perbuatan datuk tirinya yang berusia 54 tahun itu diketahui selepas pihak Hospital Sri Aman mengesan pelajar terbabit sedang hamil lima minggu ketika menerima rawatan di hospital berkenaan.

Loading...

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Datuk Dev Kumar berkata, polis yang menjalankan siasatan awal bagaimanapun tidak dapat menentukan punca pelajar terbabit cuba membunuh diri serta gagal mengesan siapa bapa bayi yang dikandungnya.

Berikutan itu, Rabu lalu pegawai sosial perubatan Hospital Sri Aman menemubual pelajar terbabit dan akhirnya dia mendedahkan perkara sebenar.

Dirogol di ladang kelapa sawit & ruang tamu rumah

“Mangsa mendedahkan bahawa dia dirogol oleh datuk tirinya sebanyak dua kali dalam bulan Ogos lalu.

“Selepas mendengar pengakuan mengejutkan itu, pegawai sosial perubatan terbabit membuat laporan di Balai Polis Sri Aman,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, siasatan polis selepas itu mendapati kejadian pertama berlaku pada awal bulan Ogos selepas datuk tirinya mengambil mangsa dari asrama untuk membawanya pulang ke rumah pada hujung minggu.

Difahamkan, dalam perjalanan pulang, suspek membawa mangsa ke sebuah pondok di ladang kelapa sawit dan merogolnya.

“Kejadian kedua pula berlaku kira-kira seminggu kemudian di sebuah rumah panjang di Sembayang, Sri Aman apabila mangsa dirogol di ruang tamu ketika ahli keluarga lain sedang tidur,” katanya.

Dev berjata, selepas siasatan awal itu, kira-kira jam 11 malam tadi, sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Sri Aman menjejaki suspek di sebuah pondok di sawah padi miliknya di Sembayang.

“Ketika anggota polis tiba di pondok itu, suspek ditemui terbaring di atas tanah di belakang pondok dengan mulut berbuih dan dalam keadaan separuh sedar. Dia kemudiannya dikejarkan ke Hospital Sri Aman dengan kenderaan polis.

“Bagaimanapun, pada jam 5 pagi tadi, suspek yang bekerja sebagai petani disahkan meninggal dunia di Hospital Sri Aman,” katanya.

Katanya, siasatan awal polis dan pihak hospital mendapati suspek membunuh diri dengan meminum racun serangga perosak.

sumber : Berita Harian Online

Loading...



Sumber : BeritaSemasa

Arsip Blog

Popular Post

Cloud Categories

Berita (194)