close

Pendedahan dan Gambar Eksklusif Sebelum Menara Petronas KLCC Di Bina Yang Rakyat Tak Tahu


Sebelum ada yang kini, sudah tentunya ada asal yang lama. Begitulah juga kisahnya dengan tapak berdirinya mercu tanda pencakar langit bandaraya Kuala Lumpur, sebelum megahnya berdiri Menara Berkembar Petronas pada suatu masa dahulu di sini adalah tapak padang lumba kuda (Selangor Turf Club).

Pada 1 Mac 1993, menjadi sejarah buat negara apabila kerja-kerja mengali lubang diatas bekas padang lumba kuda ini bermula. Lebih kurang 500 buat trak mengangkut tanah keluar masuk siang dan malam, kerja mengorek tanah sehingga sedalam 30 meter (98 kaki) untuk dijadikan tapak yang kukuh buat KLCC- malaysiabolehbro.com

Maka lenyaplah lagenda kelab lumba kuda, dan gah bangkit berdirinya Menara Berkembar Petronas yang pernah memegang rekod bangunan tertinggi di dunia daripada tahun tahun 1998 hingga 2004. Walaupun kini tak lagi menjadi bangunan yang tertinggi, namum masih berbangga dengan rekod bangunan berkembar yang tertinggi di dunia.

Setinggi-tinggi bangunan berkembar ini, kita dapat lihat bertapa tingginya cita-cita Tun M pada masa itu untuk memajukan Malaysia. Pada masa itu projek mega ini telah melonjakkan nama Malaysia di mata dunia. Kini sayup-sayup kita dapat lihat harapan itu tergantung di puncak 451.9 m daripada aras laut.

 

Sebelum kau melalut panjang, mari kita layan gambar-gambar lama sebelum KLCC mengambil alih tumpuan kawasan ini.

Sebelum Menara Berkembar Petronas (KLCC) Dibina

Lokasi padang lumba kuda sebelum KLCC di bina
Lokasi padang lumba kuda sebelum KLCC di bina

Perkongsian Netizen berkenaan Tapak KLCC lama

Pembinaan menara KLCC ini merupakan cabaran pembinaan yang luar biasa, di mana masalah yang mendatang tidak dijangka telah mengugut projek mega itu. Mereka membinanya di pusat kawasan monsun, tapak pembinaan bukan diperbuat daripada batu batan tetapi mendapan yang tidak stabil. Menara itu bukan bergantung kepada keluli ringan tetapi konkrit- malaysiabolehbro.com

Projek yang berisiko besar dengan jadual yang penuh cita-cita.

 

“Daripada lima negara Asia tenggara, Malaysia merupakan negara yang paling kurang dikenali. Jadi untuk memberitahu dunia bahawa kami di sini, kami perlukan sesuatu yang menakjubkan dan saya rasa menara tinggi(KLCC) boleh memberikan jawapan itu,” – Tun Dr. Mahathir

 

Sumber – malaysiabolehbro.com




Sumber : KepohKuat

Arsip Blog

Popular Post

Cloud Categories

Berita (194)