close

Sharnaaz Ahmad Mohon Sedekahkan Al-Fatihah Buat Mak Cik Petir



Loading...

Seperti yang dikhabarkan beberapa hari yang lalu, pelakon drama, Noryati Taib  atau lebih mesra dipanggil Mak Cik Petir kini berada dalam keadaan kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru akibat jangkitan kuman dalam paru-paru dan diabetes.

Berita ini turut mengejutkan pelakon Sharnaaz Ahmad apabila mendapat perkhabaran ini. Menerusi Instagramnya, Sharnaazmengharapkan doa-doa dari peminat-peminatnya supaya Mak Cik Petir cepat sembuh dan terus berkarya.

Khabarnya mak ude aka makcik petir dalam icu kritikal.. di sini kawan kawan marilah kita doakan supaya Allah angkat kesakitan beliau dan gantikan dgn kesihatan tubuh badan dan terus berkarya untuk kita semua.. kami semua sayangkan mak ude.. mak ude adalah artis vateren pertama yg saya hormati atas lakonan dalam tari tirana.. dan sehingga kini, beliau tiada gantinya.. marilah kawan kawan kita sedekahkan Al-Fatihah buat beliau semoga Allah sembuhkan penyakit beliau..

A post shared by Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad ™ (@sharnaazahmad) on Sep 25, 2017 at 7:37am PDT

“Khabarnya mak ude aka makcik petir dalam icu kritikal. Di sini kawan kawan marilah kita doakan supaya Allah angkat kesakitan beliau dan gantikan dgn kesihatan tubuh badan dan terus berkarya untuk kita semua. Kami semua sayangkan mak ude.”

Loading...

Sharnaaz turut mengakui Mak Cik Petir merupakan artis veteran yang sangat dihormati dan beliau tiada gantinya.

“Mak ude adalah artis vateren pertama yang saya hormati atas lakonan dalam tari tirana dan sehingga kini, beliau tiada gantinya. Marilah kawan kawan kita sedekahkan Al-Fatihah buat beliau semoga Allah sembuhkan penyakit beliau.”

Noryati terkenal dengan gelaran Makcik Petir, Makcik Isabella dan Makcik Mary dalam drama lakonannya seperti Sindarela, SyurgaMu Ramadan, Dotty, Tari Tirana dan banyak lagi. Noryati yang mula berlakon dalam dramaAbang Mak Panggil Balik kerap berlakon dalam drama terbitan Radiusone Sdn Bhd milik Shahrulezad.

 

Sumber: Hangat.com

Loading...



Sumber : BeritaSemasa

Arsip Blog

Popular Post

Cloud Categories

Berita (194)