close

“Status Instagram, FB Kemain Islamik Tapi…”, Netizen Tegur Simbol Tangan Aeril, Kuku Wawa Zainal Tak Sesuai..


Terkejut apabila pasangan suami isteri selebriti yang dikenali ramai dikecam netizen kerana sebuah foto!

Wawa Zainal dalam laman Instagramnya kelmarin telah memuat naik sekeping gambar dia bersama suaminya, Aeril Zafrel dengan kapsyen “Siapa nye style cam tu tu? Ce tekaaa..”.

Walaupun niat untuk bergurau, rata-rata netizen mengeji gambar pasangan berkenaan yang dianggap melampaui batas memandangkan simbol tangan yang dilakukan Aeril merupakan isyarat lucah.

Malah ada juga netizen yang meluahkan perasaaan mereka yang terkejut melihat tingkah laku pasangan berkenaan kerana mereka sememangnya dikenali sebagai pasangan yang sopan dan menjaga imej Islam.

Bahkan ada juga yang mahu Wawa untuk memadam gambar berkenaan daripada laman Instagram miliknya.

Gambar berkenaan yang tersebar ke laman Facebooknya semestinya menerima kritikan yang serupa.

Rata-rata netizen mengecam isyarat tangan yang dibuat Aeril, manakala yang lain memberikan komen mengenai kuku artis jelita berkenaan yang dilihat panjang.

Sumber Instagram Wawa Zainal dan FB Roti Kaya via KisahDunia.com




Sumber : KepohKuat

Arsip Blog

Popular Post

Cloud Categories

Berita (194)