close

KETIKA ATAS KATIL, USTAZ PANDANG SAMBIL GELENG KEPALA. BILA TANYA AYAH. INI JAWAPANNYA



Loading...

 

Jom Share…

Lumrah rumah tangga memang akan bergolak. Sedangkan lidah kan tergigit inikan pula suami isteri. Tapi dalam kisah yang nak kami Khalifah Mail Online nak kongsikan ni adalah berkaitan pasangan suami isteri yang sudah kahwin tidak mendapat zuriat. Bila check dengan ustaz, rupa-rupanya ada yang dengki. Ikuti kisah ini yang dipetik dari IIUM.

Sudah 5 Tahun Kahwin Tiada Zuriat
Nama aku Intan. Aku dengan suami sudah 5 tahun hidup berdua, jadi akhir tahun lepas kami berdua memutuskan untuk ambil anak angkat. Alhamdulillah, rezeki berpihak pada kami dan sekarang hanya menunggu panggilan dari pihak JKM je.

Orang kata, 5 tahun pertama memang dugaannya berat, aku tidak menafikannya. Lumrah kehidupan rumah tangga, ibarat lautan, ada pasang surutnya. Macam itulah kehidupan kami.

Loading...

Tapi untuk beberapa tahun kebelakangan ini, aku dapat rasa ada sesuatu yang tidak kena di mana-mana, yang mana aku tidak pasti apa, dan naluri isteri itu jarang sekali salah.

Kisahnya bermula bila aku kerap sakit, macam-macam penyakit, pergi ke klinik, doktor tidak dapat kesan, rujuk ke hospital dan jawapan masih sama. Jadi dalam setahun tu kira banyak kali aku kena masuk wad sebab doktor nak jalankan pelbagai test untuk mencari punca sakit aku tetapi akhirnya, tidak jumpa.

Dan ketika itu juga aku dengan suami aku kerap bergaduh, tidak boleh langsung jumpa dan dalam tempoh aku masuk wad seminggu tu, hari pertama je dia datang, hari lain langsung tidak datang, tanya khabar pun tidak. Hanya ayah aku jela jadi peneman setia, datang bawa makan and teman aku sehari dua kali (2 kali waktu melawat), kadang ayah datang bawa mak, kadang mak mertua yang datang teman (lepas dia balik kerja), tapi suami? Senyap macam tu je.
Ayah Datang Dengan Ustaz
Hingga la suatu hari, dalam tengahari, ayah aku datang melawat, kali ni dia bawak seorang ustaz. Aku dengan ayah aku memang rapat, aku banyak bercerita perihal hidup aku kat dia.

Sampai je kat katil aku, aku tengok muka ustaz tu berkerut. Sekejap-sekejap dia geleng kepala. Pastu dia ajak ayah aku entah kemana, bincang berdua. Dalam 10 minit macam tu, ayah datang ke katil, ayah suruh aku minta kebenaran doktor keluarkan aku hari itu jugak. Tapi doktor tidak bagi, esoknya baru doktor benarkan aku pulang.

Esoknya, dalam pukul 5 baru aku dapat balik, pesakit yang dibenarkan balik pun agak ramai haritu, hari Jumaat lagi, jadi biasa la kalau lambat.

Jadi lepas discharged, ayah terus bawa aku ke rumah ustaz, dia suruh aku duduk membelakangkan dia, dia minta izin untuk sentuh belakang aku, dia letak ibu jari kat tulang belakang, terus dia Ruqyahkan aku.

Sepanjang dia Ruqyahkan aku, badan aku rasa macam ada benda bergerak sebelah kanan, panas lagi. Tiba- tiba aku rasa nak menangis, nak marah, semua aku rasa dalam satu masa. Tapi ustaz tu pesan, jangan ikutkan hati, istighfar banyak- banyak. Selesai dia Ruqyah, dia suruh aku pandang dia. Dia kata,

“Adik, apa ustaz nak kata ni, ada dengar baik baik, apa ustaz tanya, jawab elok- elok. Kalau rasa nak marah, tahan marah tu. Boleh?”
Hasil “SCAN” Ustaz
Aku angguk.”Baiklah, macam ni, adik dengan suami adik ni, terkena buatan orang. Suami adik terkena minyak pengasih, tak cukup dengan tu, ada antara kawan- kawan yang dengki dengan kesenangan hidup kalian, jadi dia datangkan amarah dan derita antara kalian. Deritanya ialah zuriat. Bertahun kahwin, masih tiada anak. Amarah pula dengan kehadiran orang ketiga dalam hidup suami.”

Masa tu aku rasa macam nak gila. Ayah aku suruh aku bertenang, dengar dulu apa ustaz nak kata. Ustaz tu sambung..”Mengenai zuriat, 5 tahun kahwin masih tiada zuriat, pergi ke hospital buat pemeriksaan apa semua, doktor kata tiada masalah. Tapi pernah tak cuba rawatan Islam?”

Aku geleng kepala.”Zuriat ni dik, orang selalu kata, kalau dah lama kahwin tiada zuriat, masih belum ada rezeki, kan? Pergi buat pemeriksaan hospital, suami isteri tiada masalah, doktor kata normal.

“Tapi jujur ustaz kata, bila dah cuba cara rawatan moden, tapi tak jumpa punca masalah, cuba rawatan Islam. Tak salah cuba. Kadang kita tak tahu apa yang menghalang kita dari mengandung, entah-entah ada jin yang menumpang badan kita, kita tahu? Doktor pun tak tahu.

“Jadi tak salah cuba rawatan Islam, dalam Al- Quran pun menggalakkan kita berubat menggunakan ayat- ayat Al- Quran kan? *aku angguk

“Baiklah, adik ni, bukan tak boleh mengandung, boleh, tapi ada satu je masalah. Masalahnya, adik ni dah terkena ‘buatan’ orang.

“Ada seorang lelaki yang sayang pada adik, bukan suami adik ye, seorang kenalan, adik tolak dia, jadi dia tak boleh terima. Dia dendam.

“Pada dia, kalau dia tak boleh dapat adik, tiada yang boleh dapat. Jadi dia bagi adik penyakit, salah satunya *dia tunjuk lengan aku*, hanya ni yang adik boleh nampak dengan mata kasar.

“Bila jumpa doktor, doktor kata alergik, makan ubat, sapu ubat, tapi masih tak hilang. Betul tak? Dia nak suami adik rasa geli/ jijik dengan adik dan akhirnya ceraikan adik.
Suami Pun Kena Buatan Orang Juga
“Yang suami adik pula, ada seorang perempuan yang sukakan dia. Dia tahu yang suami adik sudah berkahwin dan dia juga tahu kalian masih belum punya anak. Jadi dia mula masuk jarum.

“Mula dengan berkawan, lama- lama jadi rapat. Jumpa selalu. Kat situ dia mula bagi suami adik makan. Bila suami adik makan makanan yang dia bagi, suami adik akan jadi ingat kat dia je.

“Kemudian dia sapu minyak kat badan suami adik. Tak perlu banyak, secalit je. Masa bergurau- gurau tu, dia usik suami adik dia calit sikit je. Apa jadi lepas tu?

“Suami adik akan selalu ingat kat dia, sayang kat dia, cinta kat dia. Bila suami tengok adik, dia jadi benci, menyampah. Itu yang asyik gaduh je. Rumah tangga jadi panas. Dia asapkan suami adik hari- hari supaya suami adik benci adik.

“Tapi adik kena ingat, yang suami adik sayang adik, dia jadi macam ni sebab apa perempuan tu buat, suami adik hidup dalam keadaan dikawal oleh perempuan tu. Suami adik bukan baru kena, lama dah. Cuma adik perasan atau tidak je.”

Betul, aku perasan sebenarnya. Tapi aku bersangka baik, mungkin ujian dari Allah semata-mata nak ukur tahap kesabaran, kesetiaan dan kekuatan kami mempertahankan ‘masjid’ yang kami bina.

Serius, aku tak sangka selama bertahun yang kami asyik ‘panas’ dan ‘sakit’ ni, rupanya angkara orang benci, dengki, apa lagi ? Entah. Aku sendiri tak percaya dengan benda- benda ilmu hitam ni. Dulu bila aku dengar orang kena buatan orang, aku macam, “eleh, tah iye ke tidak kena buatan orang, entah- entah saja je cari perhatian.”

Dan sekarang bila kena kat diri sendiri, baru aku sedar betapa tingginya langit tu. Aku termakan kata- kata aku sendiri.

Ayah aku duduk sebelah diam je, sesekali dia usap belakang aku. Yang aku menangis je; empangan pecah, mengalir je air mata aku ni.

Sesekali aku senyum kelat bila kenangkan selama ni aku ingat suami aku yang jahat, rupanya aku yang jahat sebab berfikiran buruk terhadap suami sendiri. Ustaz tu sambung..

“Nanti malam, balik rumah, ajak suami duduk, pastu cerita dia apa yang ustaz cerita tadi. Esok ke lusa ke, bawa dia jumpa ustaz. Ustaz buat apa yang ustaz mampu. Boleh?”
Mula Berbincang Dengan Suami
Aku angguk je. Malam tu aku balik rumah, dia dah ada kat rumah, dia dalam bilik, pura- pura tidur. Aku pulak, masuk bilik, mandi bersih- bersih, solat hajat mohon dia terbuka hati untuk aku ceritakan apa berlaku.

Bila kenangkan balik, lama dah kami hidup macam tu. Dia mengelak dari berjumpa atau bercakap dengan aku. Lama aku makan hati. Ajak borak atau walaupun makan bersama pun tak nak, dah macam orang asing dah kami.

Dulu tidur dia selalu peluk, yelah, hidup berduakan. Tapi sekarang, dia di utara, aku di barat. Sedih. Lepas dah siap- siap semua, aku duduk bersila di sebelah dia, aku usap kepala dia dan buka bicara.

“Abang, sayang ada benda nak cakap kat abang ni, abang duduk sekejap boleh?”

Dia bangun dan duduk, tapi sekali pun dia tak pandang aku. Masa tu rasa sebak sangat. Aku sambung..

“Apa sayang nak cerita kat abang ni, abang dengar elok- elok. Kawal perasaan dan jangan melenting okay.”

Dia angguk.Aku ceritakan semuanya. Muka dia macam blurr, aku cerita sampai habis dan untuk pertama kalinya, dia pandang dan peluk aku.

Masa tu, Allah je yang tahu apa yang aku rasa, aku rasa bahagia berada dalam dakapan suami. Sepanjang malam tu kami berborak, kami menangis dan aku lega, suami akhirnya sedar juga.
Rawatan Kami Suami Isteri
Esoknya kami jumpa dengan ustaz tu. Ayah ada sekali, ustaz kata kena ada orang ketiga teman sekiranya kalau terjadi apa- apa.

Ustaz mulakan bacaan Ruqyah pada suami aku. Sesekali suami aku merengus, mengeluh dan menggeliat. Ustaz pesan pada dia supaya jangan berhenti beristighfar walau macam mana susah atau sakit sekalipun.

Pada satu tahap, suami aku pengsan sekejap, dia terbaring tiba- tiba. Cuak aku masa tu, tapi ustaz tu kata normal. Tak sampai lima minit, suami aku bangun, ustaz tu suruh dia baring luruskan kaki. Dia ambil lada hitam, dia tekan pada ibu jari kaki suami aku, dia menjerit bukan kepalang. “Sakit.. sakit.. SAKIT!”

Ayah aku pegang tangan dia. Ustaz kata, ada 3-4 ekor jin dalam badan suami, yang mengawal suami dan ada antara jin tu yang keluar masuk dalam badan aku, jadi bila kami bergaduh, jin- jin tu akan melagakan kami.

Bukan tak pernah aku cuba tikam dia. Tapi dengan keizinan Allah, pisau tu terlepas dari genggaman aku dan aku pun berlalu pergi dari dia. Hampir bercerai pun pernah. Dua tiga kali turun naik mahkamah (kaunseling), sampai ustazah tu pun pening. Yang selebihnya sepanjang berubat tu, biarlah kami saja yang tahu.

Yang korang perlu tahu, sekarang aku dan suami beransur pulih. Hubungan kami perlahan- lahan kembali seperti dulu.

Ustaz juga sudah ‘pagar’ badan kami, juga dia beri ayat- ayat pendinding untuk kami amalkan hari- hari. Alhamdulillah aku ucapkan. Allah penyembuh segala penyakit, kita hanya mampu usaha.Apa yang aku cuba sampaikan adalah, kalau ada antara pembaca yang mengamal ilmu- ilmu hitam, minyak pengasih dan sebagainya, tolong berhenti.

Ketahuilah bahawa kuasa Allah meliputi segala apa yang ada dibumi dan dilangit. Dan pada yang cuba pisahkan kami suami isteri, pada yang mendengki atau berdendam pada kami, kami maafkan korang dan harap korang maafkan juga kami dan berhentilah ‘menghantar’ pada kami.

Andai ada salah silap sepanjang perkenalan, andai kami ada terambil yang bukan hak kami, terlukakan hati dalam pergurauan dan semualah, maafkan kami.Terima kasih admin, dan terima kasih readers. Yang baik datangnya dari Allah Ta’ala, yang jahat tu datangnya dari diri aku sendiri.Akhir kata, ittakullah, takutlah pada Allah!

Sumber : IIUM via Laicikang

Share Jika bermanfaat.

 

TRENDING ARTIKEL : Kisah Menyedihkan Budak 6 Tahun Yang Hidup Keseorangan, Puncanya Pasti Menitiskan Air Mata !!!

Kisah benar ini terjadi pada tahun 2010 yang lalu, tentang seorang anak bernama A Long yang hidup sendirian di sebuah kampung di kaki bukit Gunung Malu, Liuzhou di wilayah Guangxi, China.

Umurnya baru 6 tahun, kedua orang tuanya telah meninggal kerana mengidap penyakit AIDS berturut-turut di tahun 2008 dan 2010.

A Long anak kecil berumur 6 tahun penghidap HIV di sebuah kampung di China. Ibu dan ayahnya telah meninggal kerana virus HIV.

selama ini A Long hidup sendiri kerana penduduk di desanya takut berada hampir dengannya kerana takut dijangkiti virus tersebut.

Sehari-harian dia hanya ditemani anjing kesayangannya Lau He, semua dilakukan A Long sendiri di rumahnya di Desa Niucheping di kaki gunung Malu berhampiran Liuzhou, Provinsi Guangxi Zhuang

Untuk makan sehari-hari A Long memasak sendiri, sang nenek kadang-kadang datang mengirimnya sayur-sayuran.

lalu A Long memasaknya dengan nasi dari dapur kayu yang kayunya ia cari sendiri di hutan, A Long jiga mendapat bantunan dari kerajaan tapi hanya 77 yuan setiap bulan.

Di sinilah A Long tinggal, sebuah bilik dengan penerangan yang serba kekurangan, seorang diri. dia juga mempunyai hobi bermain bola, sepeti kanak2 seusianya, tapi apa daya dia hanya boleh bermain sendirian.

sejak berita dan foto2 tentang dia tersebar luas di media, ada beberapa dermawan yang mengiriminya boneka dan mainan untuk teman bermain A Long

Sebenarnya masih banyak budak-budak seperti A Long, cuma di china di negara-negara lain pun mereka banyak yang diabaikan dan hidup sebatang kara.

Hidup yang mereka jalani bukan kesalahan mereka, mereka g boleh memilih dilahirkan dengan mengidap HIV yang diturunkan oleh orang tuanya.

Kredit : KitaViral

Loading...



Sumber : BeritaSemasa

Arsip Blog

Popular Post

Cloud Categories

Berita (194)