close

(VIDEO) Seorang Gadis Melayu Seperti Dirasuk Bercakap Dalam Bahasa Nepal Ketika Berada Di Balai Polis Jadi Tular



Loading...

Rakaman video yang menunjukkan seorang wanita yang tiba-tiba seperti dirasuk makhluk halus, histeria dan meracau dalam bahasa yang tidak dapat difahami ketika datang ke Balai Polis Simpang Renggam, malam tadi jadi tular di media sosial.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam tadi itu, mangsa yang berusia 24 tahun datang berseorangan sebelum tiba-tiba diserang histeria dan meracau di balai polis berkenaan.

Menurut Berita Harian, Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohamad Laham, mengesahkan tentang kejadian tersebut dan menyatakan anggota polis telah memberikan bantuan awal bagi menenangkan mangsa yang ketika itu meracau.

“Wanita dari Kampung Seri Maju Jaya, Machap, itu pada mulanya datang ke Balai Polis Simpang Renggam pada jam 5.30 petang untuk mengadu nasib dan mencari ketenangan.

“Disebabkan bimbang dengan keadaan mangsa yang kurang sihat, anggota polis Balai Polis Simpang Renggam membawanya makan di gerai berhampiran sebelum memujuk mangsa serta memintanya pulang ke rumah.

“Namun pada jam 9 malam, mangsa kembali semula ke balai berkenaan dan mulai histeria serta meracau sebelum ketua kampung dan keluarganya dimaklumkan bagi mengambil mangsa.

“Anggota juga sudah memberikan bantuan awal untuk menenangkan mangsa sebelum dan selepas ketibaan keluarganya,” katanya.

Mohamad berkata, bagaimanapun mangsa tidak dapat dikawal menyebabkan keluarganya membawa mangsa pulang ke rumah.

Sementara itu, keluarga mangsa dilaporkan berkata, mangsa mula mengalami gangguan berkenaan sejak bekerja di sebuah kilang berhampiran.

Menurut keluarganya, pelbagai usaha dan ikhtiar sudah dilakukan keluarga untuk merawatnya, namun sakitnya berlanjutan sejak empat tahun lalu dan tidak sembuh sehingga sekarang.

sumber: https://mediamaklumat.com/video-gadis-melayu-histeria/




Sumber : BeritaSemasa

Arsip Blog

Popular Post

Cloud Categories

Berita (194)