close

Michael Ang Dedahkan Artis Malaysia Buat Duit Banyak Guna Bigo. Ada Yang Sebulan Boleh Dapat Sebanyak…


Siapa sahaja yang tidak kenal dengan Michael Ang. Bukan sahaja sebagai pengarah, malah beliau juga tersenarai sebagai selebriti yang terkenal dengan ‘mulut laser’

Michael Ang juga dikatakan suka membuat video live di laman sosialnya sehinggalah video terbarunya yang beliau dikatakan tidak akan mengambil 3 orang pelakon ini berlakon di bawah produksinya. 3 pelakon tersebut adalah Fathia Latiff, Natasha Elyzza dan Fara Mendoza

Fathia Latiff

” Fathia berlakon? Tak berani lagi, dik, nak ambil. Tunggulah dia berubah betul-betul dulu, barulah I berani ambil”


Michael Ang dikatakan tidak berani untuk mengambil pelakon berkenaan berlakon lagi atas kontroversi Fathia yang dikatakan mempunyai masalah disiplin dan sering datang lewat ke set pengambaran. Selain itu, beliau juga terpalit dengan kontroversi video yang menampakkan separuh buah dadanya dan berpakaian seksi bersama pelakon baru Natasha Ellyza
Natasha Ellyza

” Sejujurnya I dah lama ada Bigo (Live) tu, tapi I tak tahu yang buat Bigo tu boleh dapat duit. I baru tahu. Rupanya banyak artis Malaysia buat Bigo untuk dapatkan duit. Banyak juga aku dengar ada orang dapat lebih RM 20,000 sebulan, okay? Sebab dapat coins-coins tu ke apa. Patutlah si Natasha tu pergi buat Bigo tu. Rupanya dapat duit. Patutlah dalam video tu dia orang tanya, dah berapa, dah berapa, dah berapa.”

Pendatang baru, Natasha Ellyza dikecam hebat netizen gara-gara memuat naik sebuah video beliau berpakaian seksi serta menari di hadapan penonton video aplikasi Bigo. Malah dalam video tersebut juga, beliau secara tidak sengaja telah merakamkan aksi beliau dan Fathia yang turut menari ketika itu.
Fara Mendoza
Kecoh seketika apabila Fattah Amin dan Janna Nick dikatakan sedang bercium dalam satu adegan drama Coffee Prince arahan Michael Ang. Video tersebut tular di media gara-gara pelakon baru ini, Fara mendoza telah memuat naik video yang dirakamnya itu di akaun Instagram miliknya.

” Fara Mendoza tu dengan Natasha Elyzza memang takkan ku ambil lagi berlakon. Buat hal je. Buat malu company je.”

Sumber : ohsemput.com via Soya Lemon




Sumber : KepohKuat

Arsip Blog

Popular Post

Cloud Categories

Berita (194)