close

Surat Terbuka Buat DYMM Sultan Johor.


Surat Terbuka Buat DYMM Sultan Johor.

 

Assalamualaikum Tuanku,

 

Sebagai rakyat Malaysia patik berterima kasih kepada Tuanku atas respons tuanku terhadap pusat Dobi yang membuka perkhidmatan hanya kepada sesetengah kaum dan penganut agama khususnya. Respons ini membuktikan tuanku tidak menyokong tindakan yang mampu membawa kepada keruntuhan semangat muhibah antara kaum.

Atas dasar semangat yang sama, Patik ingin mengajak tuanku melihat akan perkara yang berlaku di negeri naungan Tuanku ini. Ketika ini wilayah Iskandar berkembang pesat dengan banyak pelabur dari luar negara terutama dari China yang melabur di negeri Tuanku. Sebagai rakyat, patik tumpang bangga dengan pencapaian ini.

Namun perkara yang dikesalkan adalah dengan perkembangan pesat pelaburan tersebut, Ianya kurang memberi manfaat kepasa rakyat secara umumnya. Perkara ini berikutan syarat yang dikenakan untuk memohon pekerjaan di syarikat-syarikat pelabur tersebut. Antara syarat di kenakan pelabur ini adalah fasih berbahasa Mandarin walhal pelabur ini melabur di negara yang majoritinya fasih dalah Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Jika diamati perkara ini hanya menguntungkan sesetengah kaum atau langsung tidak menguntungkan jika pelabur ini membawa masuk pekerja asing.

Dikala negeri pesat membangun, kira-kira 200,000 orang rakyat Malaysia umumnya terpaksa menyeberang tambak untuk mencari rezeki di negara Jiran kerana tiada peluang pekerjaan yang setimpal dengan kos sara hidup hari ini.

Perkara ini lebih memalukan berbanding pembukaan Pusat Dobi tersebut apabila rakyat gagal mendapat peluang pekerjaan namun pelabur semakin bertambah dan selektif terhadap bahasa tertentu. Rakyat pula terpaksa menagih rezeki ke negara jiran.

Patik mengharapkan tuanku memandang berat perkara ini demi kebaikan seluruh rakyat umumnya.

Jika terdapat salah dan silap, Patik memohon beribu-ribu ampun tuanku.

 

Sekian,

Nasir Al-helmy.

Sumber : Sozcyili.blogspot.my




Sumber : KepohKuat

Arsip Blog

Popular Post

Cloud Categories

Berita (194)