close

Norman Hakim Dapat Kereta Mewah, Dato Seri Vida Tumpang Gembira


Menjadi seorang artis bukanlah perkara yang mudah. Tidak dapat dinafikan artis Malaysia mampu memperoleh pendapatan mencecah 6 angka sebulan hasil dari penjualan produk, lakonan, nyanyian dan sebagainya.

Pelakon dan ahli perniagaan Norman Hakim sangat teruja setelah menerima sebuah kereta mewah iaitu Mercedes-Benz E-Class yang bernilai ratusan ringgit bersempena hari ulangtahun perkahwinan mereka yang ke-6 sebagai suami isteri.

Sebelum ini, Norman menggunakan kerena jenama yang sama tapi model yang berbeza iaitu Mercedes-Benz C-Class. Berita gembira ini dikongsikan menerusi akaun Instagram Norman sendiri. Jika dilihat pada hashtag yang diletakkkan dalam kapsyen gambar, Hangat.com menjangkakan kereta tersebut ditaja oleh penganjur iaitu Mercedez-Benz bagi menjayakan sebuah kempen istimewa.

Kereta mewah yang diberikan kepada Norman ini boleh dijadikan suntikan semangat kepadanya dan beberapa orang selebriti turut tumpang gembira antaranya Dato Seri Vida & Dato Seri Aliff Syukri.

Pasangan ini baru sahaja mengadakan majlis persandingan kali kedua ini bagi meraikan ulang tahun keenam perkahwinan mereka yang disambut pada Ahad lalu.

Majlis bak perkahwinan pengantin baharu itu benar-benar meriah yang dihadiri kira-kira 600 orang tetamu termasuk rakan rapat pasangan berkenaan di IDCC Convention Centre, Shah Alam.

Sumber : hangat.com




Sumber : KepohKuat

Arsip Blog

Popular Post

Cloud Categories

Berita (194)