close

Isteri Meroyan dan Hampir Bunuh Diri Kerana Suami Gila Main Perempuan Lain



Loading...

 

Isteri mana yang tidak tertekan jika memiliki suami curang. Bukan hanya curang dengan seorang perempuan, tetapi curang dengan ramai perempuan. Disebabkan sikap suami yang masih tidak puas dengan seorang isteri, suaminya mula bercinta dengan perempuan lain.

Oleh itu, terpaksa menanggung akibat adalah anak dan isteri. Setelah penat lelah seorang isteri melahirkan anak untuk suaminya. Tetapi, suami langsung tidak menghargai segala jasa isteri.

Seorang isteri telah terkena penyakit meroyan dan hampir membunuh diri akibat perbuatan suaminya. Walaupun sudah berusaha menuntut cerai secara baik, namun suami masih lagi mahu menyeksa isteri dan tidak mahu menceraikan isteri.

“Boleh dapatkan pandangan macam mana nak failkan cerai? Saya cuba dapatkan maklumat dari google tapi kurang faham. Apa cara termudah untuk saya bercerai dengan suami.

Loading...

“Saya tak tahan dengan perangai suami saya. Saya rasa stress sampai rasa nk bunuh diri. Saya rasa saya meroyan, stress, depress. Suami asyik berhubung perempuan lain. Siap berhantar gambar yang bukan-bukan. Dari saya mengandung.

“Saya dah cuba sabar tapi tak boleh. Dia asyik berhubung perempuan itu ini. Bersayang-sayang dengan perempuan lain. Siap ajak keluar tengok wayang. Dalam pantang saya menangis bagai nak gila. Kami asyik bergaduh. Saya tertekan dengan belajar, jaga anak. Bila bergaduh saya tertekan sampai cederakan diri. Tak tahan sangat.

“Depression sampai tak suka dengan diri sendiri dan orang sekeliling. Bila bergaduh saya menangis-nangis, ada pernah saya tertekan yang teramat, menangis cederakan diri, dia kata “I ambil gambar u macam ni, tunjuk dekat anak”. Saya tertekan duduk dalam tandas dia pecahkan pintu tandas suruh saya keluar.

“Kadang saya gunting-gunting rambut saya sebab tertekan. Tampar diri sendiri, hantuk kepala dekat dinding. Ambil pisau toreh-toreh tangan. Saya rasa mental saya dah “koyak”. Mesti orang anggap benda ini mudah. Anggap saya ini melebih-lebih. Mengada-ngada. Awak tak berada di tempat saya.

“Saya rasa sedih yang teramat. Baru-baru ini bergaduh dia sanggup mengasari saya & anak semata-mata nak pertahankan telefon dia dari saya tengok mesej dia dengan perempuan lain. Dah nasihat banyak kali, bagi peluang banyak kali. Saya dah tak ada hati. Bila saya minta lepaskan saya, dia buat main-main. Bila saya menangis dia buat main-main sebab dia anggap saya budak mentah tak tahu apa,” tulisnya. – MissA/UtaraNews.com

Loading...



Sumber : BeritaSemasa

Arsip Blog

Popular Post

Cloud Categories

Berita (194)