close

“Jangan Awak Hina Anak Saya Mansor!” – Yusof Haslam Luahkan Kemarahan!?;?



Loading...

 

 

DATUK Yusof Haslam menyifatkan pengkritik filem kontroversi Mansor Puteh berhati hitam kerana melabel karyanya sebagai bahan tong sampah.

Yusof berkata, sikap Mansor tidak pernah berubah dan kini pengarah itu mengheret pula Syamsul dan Syafiq, dua anaknya itu sebagai sasaran.

 

Loading...

“Kasihan dia (Mansor), dia mahukan perhatian selepas 35 tahun menghina filem orang lain dan pada saya hati dia ini sudah hitam.

 

“Jangan Awak Hina Anak Saya Mansor!” – Yusof Haslam Luahkan Kemarahan!“Jangan Awak Hina Anak Saya Mansor!” – Yusof Haslam Luahkan Kemarahan!

Mansor Puteh.

 

“Hina saya tidak kisah… tapi ini melarat pula ke anak-anak saya. Biar masyarakat menilai dirinya, Rupa-rupanya masih ada ‘spesis’ macam ini dalam negara. Kalau masih muda satu hal, ini sudah senja masih tidak berubah,” katanya.

 

Mansor menerusi statusnya di Facebook pada Khamis lalu menulis; “Kebanyakan filem Hollywood dan filem Malaysia dan filem Yusof Haslam dan anak-anaknya sepatutnya dibuang di dalam ini (merujuk kepada gambar bakul sampah).

 

“Ada beberapa (filem) menimbun di sebelah dan hanya sedikit diletakkan di rak,” tulisnya.

 

“Jangan Awak Hina Anak Saya Mansor!” – Yusof Haslam Luahkan Kemarahan!“Jangan Awak Hina Anak Saya Mansor!” – Yusof Haslam Luahkan Kemarahan!

Status Mansor di Facebook.

Bagaimanapun kata Yusof, tindakan Mansor itu bukan perkara pelik kerana sebelum ini dia juga pernah mengkritik dan menghina filem Bukit Kepong arahan Allahyarham Tan Sri Jins Shamsudin dan Allahyarham Seniman Tan Sri P. Ramlee.

 

“Ia bukan perkara baru tetapi tidak mengapa semoga Allah buka pintu hatinya dan turunkan hidayah.

 

“Saya pun bukanlah pernah minta dipuji,” katanya yang kini berada di Jakarta, Indonesia.

 

Loading...



Sumber : BeritaSemasa

Arsip Blog

Popular Post

Cloud Categories

Berita (194)