close

Pelajar Perempuan Tingkatan Satu Yang Hilang, Rupanya Telah Dir0g0l & Dipaksa Puaskan N4fsu Warga Emas



Loading...

Baru-baru ini seorang pelajar perempuan berusia 13 tahun dari Miri, Sarawak telah dilaporkan hilang selama beberapa hari oleh keluarganya yang menyedari akan kehilangannya itu. Tetapi, kepulangannya ke rumah pada Rabu lalu telah menceritakan satu berita yang begitu mengejutkan bapa dan keluarganya.Menurut laporan NST, remaja terbabit pelajar tingkatan satu itu ada mengadu telah dipaksa untuk melakukan hubungan kelamin bersama tiga orang lelaki dan kejadian itu telah dilakukan di dua lokasi yang berbeza sepanjang tempoh kehilangannya itu.

Mangsa mendakwa, kali pertama dia dirogol oleh seorang lelaki yang berusia 82 tahun di sebuah homestay di Miri. Selepas mereka melakukan perbuatan itu. lelaki warga emas tersebut telah memberikan padanya wang berjumlah RM700 sebagai upah ke atasnya.

Tidak lama selepas itu, dia telah dipaksa oleh seorang wanita yang tak dikenali untuk melakukan hubungan terlarang itu sekali lagi bersama dua orang lelaki di sebuah hotel. Kedua-dua lelaki terbabit dikatakan telah merogolnya secara bergilir-gilir.

Walau bagaimanapun, mangsa dikatakan langsung tidak mengelak dan menolak dari diperlakukan sebegitu memandangkan mangsa bimbang akan dicederakan oleh wanita terbabit dan lelaki yang merogolnya sekiranya bertindak melarikan diri.

Sumber: Berita Harian

Ekoran pengakuan mangsa itu, bapa mangsa yang masih terkejut dengan berita itu telah membuat laporan polis di Balai Polis Pusat Miri pada yang sama dia selepas dia mendapat tahu apa yang berlaku kepada anak perempuannya itu.

Menurut pihak polis, seorang lelaki yang dipercayai berusia 36 tahun telah ditangkap kerana disyaki turut terlibat dalam kes tersebut yang diklasifikasikan rogol.

Pada ketika ini, pihak polis masih sedang mengesan dan memburu semua individu yang tidak bertanggungjawab itu selepas melacurkan dan merogol mangsa seorang pelajar sekolah.

Mangsa yang trauma dan terkejut dengan kejadian itu telah dikejarkan ke Hospital Miri bagi mendapatkan pemeriksaan dan rawatan lanjut. Kes tersebut kini disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan atas jenayah rogol.




Sumber : BeritaSemasa

Arsip Blog

Popular Post

Cloud Categories

Berita (194)