close

Sempena Anniversary ke-6…Memey dan Norman Bersanding Dengan Abby Abadi dan Suami


Jarang sekali berlaku Bekas suami dan isterinya bersanding dengan Bekas isteri dan suaminya. Majlis juga dihadiri anak-anak mereka dari hasil perkahwinan Norman dan Abby terdahulu dan dengan Memey Suhaiza.

Majlis bak perkahwinan pengantin baharu itu benar-benar meriah yang dihadiri kira-kira 600 orang tetamu termasuk rakan rapat pasangan berkenaan di IDCC Convention Centre, Shah Alam.

Norman atau nama sebenarnya, Mohamed Norhakim Zaidon, 41, berkata tujuan majlis ini diadakan bagi merealisasikan impian untuk mengumpulkan keluarga besarnya.

“Biarpun terdahulu hubungan kami pernah melalui fasa kontroversi, namun hubungan persahabatan antara saya, Memey, Abby dan Jaiezzany tetap baik dan dijadikan sebagai inspirasi kepada semua,”

Alhamdulillah, sebenarnya hubungan Memey dan Abby ni patut dicontohi, mereka dapat maafkan satu sama lain dah berbaik. Perkara ni sangat baik untuk anak-anak mereka. Yelah kalau diikutkan pasangan yang dah berpisah memang selalu bergaduh dan yang tersepit adalah anak-anak.

Penaja Utama Majlis adalah Mahligai Impian Official…cantik betul set up dewan dan pelamin…gambar majlis dari sweetpictures_kl pun cantik-cantik…pasangan yang sedang cari wedding planner, photographer boleh la usha di Instagram mereka

Jom layan gambar-gambar Majlis Persandingan semalam yang Memey share di Instagramnya

Sumber : Oh sembang




Sumber : KepohKuat

Arsip Blog

Popular Post

Cloud Categories

Berita (194)