close

Doktor Sado Ini Tidak Lagi Bergelar Doktor


Nama Doktor Say Shazril atau nama penuhnya Muhammad Shazril Shaharuddin pernah tular suatu ketika dahulu kerana selain bergelar doktor, beliau juga mempunyai rupa paras yang kacak dan bertubuh sasa.

Beberapa portal pernah melaporkan terdapat ramai netizen yang sengaja mahu jatuh sakit dan ke hospital semata-mata mahu berjumpa dengan doktor sado ini.

Namun begitu, beberapa hari yang lepas, Doktor Say melalui laman Instagram nya telah mengumumkan perletakan jawatannya sebagai seorang pegawai perubatan kerajaan di salah sebuah hospital kerajaan.

Perletakan jawatan tersebut bukanlah kerana beliau tidak suka akan kariernya tetapi adalah kerana beliau ingin memfokuskan perniagaan dan minatnya dalam dunia kesihatan dan kecergasan.

Keputusan beliau tersebut mendapat reaksi positif peminat dan turut mendoakan kejayaan beliau dalam bidang yang diminatinya. Walaupun tidak lagi berkhidmat di hospital, nama Dr Say Shazril akan terus diingati dan kami di Hangat tidak menolak kemungkinan beliau akan kembali berkhidmat sebagai pegawai perubatan suatu hari nanti.  All the best Doctor Say!

Sumber: Hangat.com




Sumber : KepohKuat

Arsip Blog

Popular Post

Cloud Categories

Berita (194)