close

[Video] Kembali Semula, Beribu Sesalan, Kesedihan?


TUJUH suspek yang membakar Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah sehingga mengorbankan 23 nyawa dibawa ke lokasi kejadian dipercayai bagi melakonkan semula bagaimana mereka membakar pusat tahfiz itu selain memperincikan kronologi kerja jahat mereka dari 2.40 petang hingga 4.45 petang, hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Rusdi Md Isa yang ditemui di situ mengesahkan ketujuh-tujuh suspek berusia 11 hingga 18 tahun itu dibawa ke lokasi kejadian.

Semua suspek memakai penutup mulut diiringi polis memasuki beberapa bahagian bangunan pusat tahfiz melalui pintu belakang sebelum salah seorang daripada mereka dibawa ke kawasan taman tasik yang terletak di belakang pusat tahfiz.

Kawasan sekitar pusat tahfiz itu dikawal ketat oleh sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.

Selepas dua jam, tujuh suspek berkenaan yang memakai pakaian biasa dibawa keluar dengan menaiki tiga kenderaan pacuan empat roda milik polis meninggalkan lokasi kejadian.

Sumber: Harian Metro




Sumber : KepohKuat

Arsip Blog

Popular Post

Cloud Categories

Berita (194)